Sila lengkapkan borang ini (manual atau atas talian) dengan maklumat maklumat yang berkenaan

Hantar borang yang telah lengkap secara atas talian atau fizikal di pejabat Waqaf An-Nur. Hanya pemohon yang layak akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat selajutnya dalam Fasa Kedua

Pemohon yang layak dikehendaki untuk menyediakan dokumen yang berikut :-

  1. ) Dua (2) keping gambar ukuran passport;
  2. ) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang);
  3. ) Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah;
  4. ) Satu (1) salinan pengesahan lesen menjaja atas nama pemohon daripada Pihak Berkuasa Tempatan, ATAU salinan lesen daripada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran, suntikan kesihatan TY2 dan pengesahan bagi peniaga yang mempunyai premis;
  5. ) Satu (1) salinan penyata akaun bank tiga (3) bulan yang terkini dan disahkan oleh pihak bank;
  6. ) Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman daripada pihak bank (jika ada);
  7. ) Satu (1) salinan penyata bayaran pinjaman lima (5) bulan terakhir daripada institusi pinjaman lain (jika ada);
  8. ) Satu (1) salinan laporan CCRIS pemohon;
  9. ) Satu (1) salinan dokumen kepunyaan penjamin seperti yang berikut :-
    1. Kad Pengenalan penjamin (depan dan belakang);
    2. Laporan CCRIS penjamin;
    3. Slip gaji tiga (3) bulan ATAU borang pengakuan pendapatan;
    4. Bil air ATAU bil elektrik.


Sila lihat video diatas untuk penerangan yang lanjut