Perniagaan berbentuk pemilikan tunggal / rakan kongsi yang ditubuhkan dan berdaftar di Malaysia


Telah menjalankan perniagaan lebih dari satu (1) tahun bagi pembiayaan Qardul Hassan atau tiga (3) tahun bagi pembiayaan Murabah Tawarruq


Tujuan permohonan pembiayaan adalah untuk perniagaan;


Menjalankan perniagaan yang halal dan sah di segi undang-undang dan syariah


Pemilik perniagaan:-

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 55 tahun;
  • Islam, berakal / waras dan sihat tubuh badan;
  • Tidak bankrup (melalui rekod CTOS) atau terdapat petisyen untuk membankrapkan pemohon.

a) Pemohon perlu mempunyai satu (1) orang penjamin yang berumur 18 tahun keatas, tidak muflis, Islam, warganegara Malaysia dan sihat tubuh badan dan tidak mempunyai kaitan keluarga ATAU membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima (5) orang peminjam Dana Niaga.


b) Pemohon bersetuju untuk membuat pembayaran pembiayaan mengikut waktu yang ditetapkan. Denda (ta’widh) akan dikenakan kepada peminjam jika lewat membayar


c) Pemohon hendaklah menandatangani borang lafaz aqad pembiayaan


d) Pemohon bersetuju dengan caj (ujrah) yang ditolak terus daripada jumlah pinjaman dan juga caj bulanan bagi menampung perbelanjaan kos pemantauan seperti kos peringatan.

e) Pemohon perlu mengikuti kursus yang dikelolakan oleh Wancorp dan menyediakan rekod aliran tunai.